Selasa, 30 Ogos 2011
Mengucapkan Selamat Hari Raya...
Kapar(30-08-2011)
Saya sekeluarga iaitu Rohana, Noor Liza, Nur Nabila, Muhammad Firdaus dan Nor Aina Sofea terlebih dahulu mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN..
Selasa, 23 Ogos 2011
Ketua Kg.Kapar Bersama Ahlimajlis ke Program Ihya' Ramadhan
Sg.Serdang(21-08-2011) Ahad
Program Ihya' Ramadhan telah di adakan di Masjid Ar-Ridzuan, Kg.Sg.Serdang, Kapar.
Seramai lebih 100 orang penerima sumbangan bungkusan hari raya yang terdiri dari kalangan orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan.
Majlis telah disampaikan oleh Ustaz Noor Najhan Bin Mohd Sallleh selaku Ahlimajlis MPK Zon N43A Sementa.
Turut hadir dalam program ini ialah Tn Hj Bakhir Bin Abdul Wahab, selaku Pegawai Penyelaras DUN Sementa.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Sabtu, 20 Ogos 2011
Bengkel Kepimpinan Semassa..
BENGKEL - “MEMPERKASA KHIDMAT UNTUK RAKYAT”
Tempat: Akademi An-Najah Training Centre, Sg.Kapar Indah, Sementa,Kapar.
Masa: 8.30 pg – 1.00tghari
Tarikh: 20/01/2011
Oleh :Penceramah/Instructor
Tn Hj Noor Najhan Mohamad Salleh
Ahli Majlis MPK Zon N43(A) Sementa.
SUNGAI KAPAR INDAH, 20 Januari 2011 – Pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) N42C Meru dan N43A Sementa telah berjaya mengadakan Bengkel membincang dan mengupas tentang plan tindakan JKP Zon yang bertempat di Akademi An Najah Training Centre, Sg.Kapar Indah. Menurut Pengerusi JKP, Tn Hj Noor Najhan B Mohamad Salleh, antara matlamat bengkel ini adalah untuk menghimpunkan kepimpinan masyarakat setempat di dalam merangka gerak kerja JKP untuk sepanjang tahun 2011 ini.
Menurutnya lagi,”Beliau amat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta dan telah berjaya menghasilkan Plan Tindakan yang cukup baik. Antara program besar yang terdekat ialah Karnival Maulidur Rasul dan Pelancaran Zon Bersih. Di mana kedua-dua program tersebut adalah anjuran bersama dengan MPK dan akan berlangsung di Meru dan pekan kapar.”
Katanya lagi,”Turut di rancang beberapa program yang akan di adakan pada bulan feb dan mac tahun ini iaitu membuat lawatan kerja ke pejabat YDP Majlis Perbandaran Klang, gotong-royong bersama masyarakat dan sukaneka bersama masyarakat setempat”
Program hari ini juga turut di hadiri oleh JKKK dari empat kampong iaitu kg.Sg.Serdang di ketuai Ketua Kg.Hj.Hassan Basiran,Ketua kampong Meru Hj.Thaipor B.Hj Noor ,Ketua Kg.Kapar Bahron Zaman Bin Majid dan Ketua Kg.Bt.12 Mohd Ali B.Mohd Noh.
Akhirnya, beliau mengharapkan kerja berpasukan yang telah dibentuk ini adalah bukti kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini mampu mengurus dan mentadbir dengan berkesan dalam masa yang sama meminta kerjasama dari semua penduduk untuk menjadikan Zon Kita adalah kawasan persekitaran Zon Bersih yang mampu menjamin keselesaan dan meningkatkan mutu kehidupan masyarakat.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Gotong Royong Perdana
Gotong Royong Perdana.
24April2011, Jalan Kenangan,Kapar.
Gotong royong perdana yang di anjurkan bersama Ahlimajlis MPK Zon N43(A) Sementa, JKKK Kg.Kapar ,Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sementa dan Persatuan Belia Wawasan Jalan Kenangan,Kapar telah berjaya di adakan bertempat di Balai JKKK Kg.Kapar.
Hampir lebih 100 orang penduduk Kg.Kapar telah turut serta menjayakan program tersebut.
Program telah dirasmikan oleh saudara Azizi Bin Ayob selaku Ketua Cabang Kapar.
“Program bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dan gotong royong dikalangan masyarakat di mana aktiviti sebegini adalah suatu aktiviti tradisi warisan nenek moyang kita sejak dahulu lagi yang sepatutnya menjadi amalan kita dalam kehidupan seharian , kerana dengan bergotong royong banyak manfaat yang kita boleh perolehi di samping dapat membantu menyelesaikan masalah yang berat boleh menjadi ringan, bak kata pepatah ringan sama di jinjing berat sama di pikul.”menurut Saudara Azizi Bin Ayob merangkap Ketua Cabang Kapar semasa merasmikan program tersebut.Beliau tidak lupa juga, turut mengingatkan masyarakat setempat tentang program MES iaitu program merakyatkan ekonomi Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat seperti skim mesra usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Masuk Universiti dan banyak lagi.
Program turut mendapat kerjasama dari pihak MPK, Alam flora dan penduduk setempat.
MPK telah membekalkan hampir 100 pokok anak bunga untuk di tanam untuk mengindahkan lagi kawasan Kg.Kapar ini terutamanya di Jalan Kenangan ini.Manakala pihak Alam Flora membekalkan lori dan peralatan seperti penyapu, cangkul dan pengais sampah.
Beberapa pokok yang besar dan merbahaya juga telah berjaya di potong dan dicantas untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini menimpa penduduk di sini.
Menurut Ketua Kg.Kapar, Bahron Zaman Bin Majid ,”Program sebegini dapat mendekatkan lagi pemimpin-pemimpin setempat dengan masyarakat ,sebab terlampau banyak faedah dan kebaikan yang kita boleh perolehi sekiranya amalan gotong royong ini terus kita amalkan, terutamanya seperti sekarang banyak dasar-dasar baru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat terus di sampaikan kepada masyarakat di bawah melalui program sebegini.”
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Dialog & Perjumpaan bersama Pegawai Daerah Klang
Program telah di adakan di Auditorium Pejabat Daerah/Tanah Klang.Banyak isu-isu semasa yang telah di bangkitkan terutamanya tentang isu-isu pembangunan & infrastruktur di kampung-kampung tradisi.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Tadarus Al-Quran..
Antara Peserta Tadarus Bergambar Kenang-kenangan sempena Nuzul Al-Quran.
Kapar(18-08-2011)
Program tadarus Al-Quran yang dihadiri dikalangan muslimat JKK telah berjalan dengan jayanya.Lebih 20 orang peserta yang terdiri dari kaum-kaum ibu dan remaja wanita.Program tahun ini telah diadakan di Surau Raudah Al-Muttaaqin, Tmn Seri Kerayong.
Matlamat program adalah tertumpu kepada pengisian dan penghayatan dibulan ramadhan yang mulia ini.
Pada tahun ini programnya lebih meriah lagi memandangkan para remaja juga turut menyertainya.
Menurut Pn Nora..”Program seperti ini sudah di adakan pada setiap tahun sejak 7 tahun yang lalu, jadi sokongan daripada semua pihak sangat-sangat kami alu-alukan, mudah2an ianya sedikit sebanyak mendekatkan diri kita untuk menghayati isi kandungan Al-Quran sebagai panduan yang lengkap dalam kehidupan seharian.”
Program juga turut mendapat sokongan daripada ahlimajlis MPK Ustz Noor Najhan Mohd Salleh.
"
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
"
Ahad, 14 Ogos 2011
Majlis Penyampaian Sumbangan Hariraya...
Penerima bergambar untuk kenangan.
Kapar(13-08-2011)Sabtu
Majlis penyampaian sumbangan bungkusan hariraya daripada pejabat pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Kapar dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sementa telah pun di adakan bertempat di Dewan MPK Taman Seri Kerayong, Pekan Kapar anjuran bersama pihak JKKK Kampung Kapar.
Seramai hampir 100 orang penerima telah menerima bungkusan tersebut, mereka antaranya terdiri dari warga emas, ibu-ibu tunggal dan OKU- orang kurang upaya.Kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka.
Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Yb S Manikavasagam selaku Ahli Parlimen Kapar.Menurut beliau, “ Saya mahu melihat semua orang bergembira menyambut Hariraya, oleh itu saya akan berusaha untuk menyumbangkan sedikit sumbangan tidak kira bangsa.Semoga dengan hariraya ini kita semua bersatu padu, hidup aman damai dan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat(PR) dalam pilihanraya yang akan datang.”
Turut hadir dalam program tersebut ialah Tn.Hj Bakir B.Abdul Wahab penyelaras DUN Sementa, Ustaz Noor Najhan Bin Mohd Salleh selaku Ahlimajlis MPK Zon N43A Sementa, Ahmad Yusri Bin Abdullah Penghulu Mukim Kapar dan Ketua Kampung Kapar, Bahron Zaman Bin Majid.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Khamis, 11 Ogos 2011
Setiausaha, Bendahari dan ahli Jawatankuasa yang penuh dedikasi...
Setiausaha JKK Kg.Kapar.
Sdr Jamlus Bin Hassan.
Bendahari JKK Kg. Kapar
Tn.Hj Madin Bin Jaamat.
Mereka berdua adalah antara penggerak utama JKK Kg. Kapar. Dengan pengalaman yang mereka miliki telah banyak membantu JKK dalam merancang dan menggerakkan aktiviti-aktiviti sejak mula lagi.
Peranan kedua-dua mereka ini bersama ahli-ahli Jawatankuasa yang lain adalah sangat besar demi melicin dan melancarkan pelan-pelan aktiviti yang telah di rancang dalam Sasaran Kerja Tahunan(SKT) pihak JKK.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Agenda Biro Perpaduan Kaum...
Biro ini diketuai Alex Shee Chee Weng.
Aktiviti:
1). Ketua komuniti kaum Tiong Hua.
2). Mengadakan dialog bersama agensi-agensi kerajaan.
3). Mengadakan program jamuan makan malam mengutip dana.
4). Mengadakan majlis menyambut hari perayaan dengan melibatkan semua kaum.
Agenda Biro Pembangunan dan Kebajikan...
Biro ini di ketuai oleh En Shuaib Bin Pardi.
Di antara aktiviti yang di jalankan:
1) Memantau segala aduan-aduan daripada penduduk seperti masaalah longkang, sampah dan jalan.
2) Memantau segala kemudahan-kemudahan supaya sentiasa dalam keadaan baik.
3). Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada yang berkelayakan seperti ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan saudara baru (Mualaf).
Agenda Biro Agama dan Dakwah...
Biro ini di ketuai oleh En.Hamim Bin Maseron.
Antara aktiviti Biro ini adalah:
1). Program Maulidurrasul
2). Tahlil Perdana dan program bacaan yassin.
3) Bekerjasama dengan pihak Masjid untuk bersama-sama mencegah maksiat.
4). Bercadang untuk mengadakan kursus-kursus haji & umrah.
5). Program Qurban tahunan di antara penduduk setempat.
Agenda Biro ICT..
Biro ICT ini diketuai oleh Bakhtiar Bin Mohd Nor
Aktiviti:
1). Cadangan mewujudkan pusat ICT Desa.
2). Mensasarkan agar ahli JKKK celik IT dan mempunyai email sendiri.
3). Mewujudkan laman web/blog untuk JKKK.
Agenda Biro Keselamatan...
Biro Keselamatan ini di ketuai oleh Mr.Rama Rao a/l Tadia
Aktiviti:
1). Memantau isu-isu jenayah.
2). Pusat-pusat perjudian haram, cyber cafe dsb.
3). Masaalah pelajar ponteng sekolah , gejala sosial dan mat rempit.
4). Masaalah pengedaran dan penagihan dadah.
Agenda Biro Belia dan Sukan..
Biro Belia dan Sukan ini di ketuai oleh Hamdan Bin Bakri.
Aktiviti:
1). Pertandingan Futsal peringkat JKKK Mukim Kapar.
2). Latihan Badminton seminggu sekali.
3). Menyertai Pertandingan Parlimen Kapar.
4). Gotong royong Perdana.
5). Menubuhkan Persatuan Belia Berdaftar.
Agenda Biro Wanita
Biro Wanita(Muslimat) di ketuai oleh Pn.Sepiah Bt. Yatim.
Aktiviti:
1). Tiusyen PMR & SPM
2). Bacaan Yassin dan Pengajian Agama di pimpin oleh Ustaz Basri Hassan
3). Program bersama ibu tunggal, mengadakan kelas membuat gubahan hantaran dan jahitan.
Agenda Biro Pendidikan...
Kg.Kapar(09-08-11)Selasa
Biro Pendidikan yang di Ketuai oleh Pn Hadariah Bt.Bahron , pula mempunyai visi yang sangat jelas iaitu berusaha untuk meningkatkan bilangan anak kg.yang berjaya didalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.Beberapa pendekatan sedang dirancang , antaranya kem motivasi kecemerlangan pelajar dan kelas2 tiusyen. Dua perkara ini akan di titik beratkan agar potensi pelajar dapat terus digilap dan diasah agar fokus dalam mencipta kejayaan yang cemerlang.
Di samping itu Biro Pendidikan juga sedang dalam proses mengenal pasti peratusan pelajar-pelajar yang bermasaalah di Kg.Kapar ini, dalam pembelajaran dan juga yang keciciran.Statistik ini penting untuk kita melihat dan merancang sesuatu cara yang berkesan dalam menangani masaalah ini.
Kami juga mengalu-alukan penglibatan PIBG-pibg sekolah untuk sama-sama duduk semeja berbincang, kerana masaalah keciciran ini berkait rapat dengan masalah gejala sosial.
Sokongan semua pihak sangat-sangat diperlukan tentang isu-isu seperti ini.
Sebab tanpa ilmu/pendidikan yang sempurna seseorang insan itu agak sukar untuk mencapai cita-cita dan berjaya dalam kehidupan.InsyaAllah.
Agenda Biro Ekonomi....
Kapar(09-08-11)Selasa
Biro Ekonomi telah mengenal pasti beberapa aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat ini.
Aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah:
1). Menguruskan kerja-kerja pembersihan pasar malam.
2). Menguruskan kerja-kerja pembersihan bazaar Ramadhan.
Akan datang:
1). Penubuhan Koperasi.
2). Pusat Sehenti Produk-produk IKS.
3). Pengeluar beberapa produk IKS.
Menurut Sdr Sajeni Pilus(seorang kakitangan Maybank) selaku Ketua Biro antara yang dikenal pasti ialah Cadangan Penubuhan sebuah Koperasi sebagai syarikat induk yang akan menjadi pemangkin kepada menggerakan atau merancakan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Beberapa IKS dan perusahaan juga bakal dikenal pasti untuk dimajukan bagi merebut peluang ekonomi yang seiring dengan kepesatan pembangunan di Kg/Pekan Kapar ini agar orang-orang Melayu tidak terus ketinggalan.
Sementara itu semangat keusahawanan turut di terapkan dikalangan ahli-ahli JKKK.
Visi utama Biro Ekonomi ialah merebut peluang-peluang yang ada, di samping membuka dan membantu penduduk meningkatkan pendapatan serta menjana sumber kewangan bagi membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"
Majlis DYMM Tuanku Bersama Rakyat....
Program Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan untuk orang-orang miskin, saudara-saudara baru dan anak-anak yatim bersama DYMM Tuanku Sultan di Masjid Shirajuddin Al-Anuar,Kg.Batu Belah , Klang.
Selasa, 9 Ogos 2011
Yb Kunjungi Bazaar Ramadhan....
Pekan Kapar(06-08-11)Sabtu
Yb S Manikavasagam selaku Ahli Parlimen Kapar telah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazaar ramadhan di Jln Raja Mokhtar 1, Pekan Kapar.
Beliau telah menyampaikan apron dan topi sumbangan dari pihak MPK bersempena dengan kempen "Ramadhan Mampan" kepada para-para peniaga di situ serta membeli kuih- muih masakan Melayu yang memang menjadi kegemaran beliau sejak kecil lagi, “kerana kuih-kuih ini sungguh sedap.”.menurut beliau lagi.
Kunjungan Ramah Mesra Ke IPD Klang Utara..
Sg.Kapar Indah(04-08-11)Khamis
Daerah Klang kini mempunyai dua IPD iaitu IPD Klang Selatan dan IPD Klang Utara, ianya hanya dipisahkan oleh Sg.Klang.
Satu lawatan ramah mesra ke Ibupejabat Polis Daerah(IPD) Klang Utara di Sg.Kapar Indah telah di adakan oleh Jawatankuasa Penduduk(JKP) N43A Sementa bersama ketua-ketua kampung.Lawatan tersebut telah di Ketuai oleh Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh selaku Ahlimajlis MPK.Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu keselamatan di kawasan pekan kapar, kg.Tok Muda dan kg.Sg.Serdang di mukim Kapar ini.
Majlis berlangsung dengan di ketuai oleh Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong.
Lawatan Turun Padang Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang...
Pekan Kapar(01-08-11)Isnin
Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang Tn. Hj Shamsuddin Bin Mon , turut turun padang meninjau masaalah yang di bangkitkan dalam mesyuarat bulanan JKKK pada 30-07-11 yang lalu.
Antaranya beliau telah meninjau masaalah, tentang peningkatan kejadian jenayah yang perlukan pemantauan lebih kerap oleh pihak polis dan juga tentang projek membina semula surau Raudah Al-Mutaqin, Tmn Seri Kerayong.
Mesyuarat Bulanan...
Mesyuarat bulanan ini berlangsung dengan jayanya dengan dihadiri oleh seorang tetamu iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Tn Hj Shamsuddin Bin Mon.Mesyuarat telah diadakan pada 30-07-11 yang lalu bertempat di Balai JKKK di Jalan Kenangan, Kapar.
Ahad, 7 Ogos 2011
Kerja-kerja Membina Semula Surau Sedang Berjalan...
Kerja-kerja pembinaan Surau Raudhah Al-Muttaqin sedang rancak berjalan...Sumbangan amal jariah masih di alu-alukan.
Dato/Datin/Tuan/Puan,
Memohon sumbangan para2 dermawan sekalian,Cadangan Membina Semula Bangunan Surau RAUDHAH AL-MUTTAQIN, TMN SERI KERAYONG, 42200 KAPAR, KLANG.Ruj.Kelulusan JAIS:(54)dlm JAI.Sel.BPM/01/42/KLANG.Anggar
Isu Pencemaran Bau & Taburan Air Sampah(Licik), Satu Lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah...
Disebabkan taburan air licik oleh lori-lori sampah yang melalui Pekan Kapar, terdapat pencemaran yang serius mengotorkan jalan yang dilalui oleh lori-lori sampah tersebut.
Pusat pelupusan sampah yang terletak di mukim Jeram Daerah kuala Selangor ini adalah antara terbesar di lembah kelang dengan kapasiti menerima hampir 2500 tan dalam sehari.Pusat ini adalah milik anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Landfils Sdn Bhd.
Isu Pencemaran Bau Busuk, ....Satu Lawatan Ke Ladang Ayam telah diadakan...
Disebabkan tidak tertahan dengan pencemaran bau busuk, 6 orang ketua kg iaitu Kg.Kapar, Kg.Bt.12, Kg Tok Muda, Kg.Sg Serdang, Kg.Bukit Kapar dan Kg.Bukit Kerayong 2 serta Penghulu Mukim Kapar telah membuat lawatan ke Ladang Ayam telor syarikat Lay Hong Berhad di Batu 12.5 Jalan Besar Kapar.
Ladang ayam ini mempunyai lebih kurang 480,000 ekor ayam telor yang menghasilkan lebih kurang 1.2 juta biji telor ayam dalam sehari.
Ladang ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia.
Sabtu, 6 Ogos 2011
Projek Menternak Kerang...
Kapar, 3/6/2008 – Y A B Tan Sri Dato Abd Khalid Ibrahim ,Dato’ Menteri Besar Selangor merasmikan Projek Ternakan Kerang di Kampung Tok Muda, Kapar. Projek di bawah Jabatan Perikanan Negeri Selang telah membantu nelayan menambah pendapatan. Seluas 9,700 hektar daripada 41 ribu kawasan kerang Selangor hektar atau 194 lot dibangunkan dahulu dengan melibatkan 1,771 orang nelayan pantai.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Y.B. Dato` Ramli Bin Mahmud , Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y B Tuan Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Y B Sdr S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar, Y.B. Tuan Dzulkefly Bin Ahmad ,Ahli Parlimen Kuala Selangor, Y B Dr Abd Rani bin Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Meru) , Pn. Thalathiah bt. Hj. Saidin, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian PKR Kapar Tuan Hj Bakir.
Seluas 41,000 hektar kawasan pesisir pantai negeri ini diperuntukkan bagi projek kebun kerang yang dibangunkan secara berperingkat, manakala 26,000 hektar yang lain dikekalkan sebagai kawasan pembenihan kerang secara semula jadi. Tahap pertama membabitkan 194 lot di kawasan seluas 9,700 hektar membabitkan 1,771 nelayan pantai. Projek ini dianggap sangat berpotensi kerana spesies kerang di Selangor, Anadaragramose, diiktiraf terbaik di dunia sehingga ia menjadi rebutan sama ada di negara jiran atau rantau lebih jauh.
Kawasan Kapar dipilih kerana mempunyai banyak benih kerang terbaik terutama bulan April dan Disember setiap tahun di garisan pasang surut air laut. Benih kerang diambil menggunakan tangguk jaring bersaiz kecil semasa air surut bagi memerangkap pelbagai peringkat dan saiz benih yang diperlukan. Selepas itu benih kerang yang telah dikumpul, dikira dan direkodkan akan ditabur di kawasan plot atau dipanggil kebun yang ditetapkan.
Terdapat dua buah plot yang diberikan oleh Jabatan Perikanan yang setiap satu seluas 50 hektar. Setiap satu plot diuruskan oleh 10 hingga 15 orang nelayan dan mereka perlu memenuhi keperluan pelanggan yang memerlukan purata dua tan kerang sehari. Benih kerang yang telah ditabur akan dibiarkan dan setiap dua bulan kawasan plot perlu digembur bagi membolehkan anak-anak kerang mendapatkan ruang dan makanan yang cukup untuk membesar. Jika terus dibiarkan, kerang tidak boleh bergerak bebas untuk mendapatkan makanan dan menyebabkan tumbesarannya terbantut.
Biasanya kerang akan dituai selepas 12 hingga 14 bulan selepas benih ditabur di kawasan berkenaan. Menuai kerang bukan kerja mudah memandangkan sebuah bot dengan tiga orang pekerja diperlukan bagi menjalankan operasinya. Dua pekerja menggunakan bakul bagi mengaut kerang yang terdapat di kawasan lumpur di dasar laut.
Selepas dituai, kerang akan dibasuh dan dibersihkan menggunakan mesin bagi mengasingkan sampah sarap. Penggunaan mesin memudahkan kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini dilakukan secara manual.
Menggunakan kaedah giliran, mereka akan menuai kerang di satu-satu kawasan selama empat bulan sebelum pindah ke kawasan satu lagi. Plot berkenaan dibahagi kepada beberapa bahagian dengan pancang kayu bagi memudahkan giliran menuai kerang. Ini akan membolehkan kerang membiak semula dan sumber kerang tidak terputus walaupun di luar musim. Biarpun benih kerang hanya didapati dengan banyak dalam bulan April dan November, benih akan dikumpul sebelum disimpan di kawasan plot. Ini penting bagi bekalan kerang sepanjang tahun dan bukan semua kawasan mempunyai benih kerang. Ini memandangkan satu kilogram anak kerang kira-kira 70,000 biji manakala satu kilogram kerang lebih kurang 60 hingga 70 biji.
Selepas setahun beroperasi, Nelayan Kampung Tok Muda boleh menarik nafas lega apabila usaha mereka telah mula membuahkan hasil. Kini mereka boleh menuai hasil sehingga 1.5 hingga dua tan kerang sehari mengikut keperluan. Biarpun tidak menggunakan modal yang banyak bagi tujuan penyelenggaraan tetapi kos mengumpul benih kerang agak tinggi. Kerang mendapat pasaran yang menggalakkan daripada peraih, pemborong dan orang perseorangan yang datang membeli sendiri. Kerang Kampung Tok Muda mendapat pasaran di Pasar Besar Klang, Pasar Kapar, Pasar Pandamaran dan Pasar Shah Alam.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Johan Pertandingan Gubahan...
Pn Hanida Harun sedang menerima hadiah yang di sampaikan oleh CEO PADAT Pn Azlinda Bt.Azman.
Selasa, 2 Ogos 2011
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK Kapar)
Bil | Nama | Alamat | Jawatan Dlm JKKK |
1. | En. Bahron Zaman Bin Majid | No.22, Jalan Kerayong 4, Taman Seri Kerayong, 42200 Kapar | Ketua/Pengerusi |
2. | Jamlus bin Hassan | 20 Lrg Raja Nala 6B Tmn Kapar Indah 42200 Kapar | Setiausaha |
3. | Hj Madin bin Jaamat | No. 2 Lorong Kerayong 5A Tmn Seri Kerayong, 42200 Kapar | Bendahari |
4. | Pn. Sepiah Bt. Yatim | No. 24, Jln Kiyai Sujak 5, Tmn Sri Wangi 42200 Kapar | Ketua Biro Wanita |
5. | Hamim Bin Maseron | No.1, Jalan Kerayong 1, Taman Seri Kerayong, 42200 Kapar | Ketua Biro Agama & Dakwah |
6. | Rama Rao A/L Taidia | Restoran Kari Kepala Ikan, Bt 9 42200 Kapar | Ketua Biro Keselamatan |
7. | Alex Shee Chee Wong | No. 8, Jln Imam Abdul Aziz 3, Tmn Jaya 2, 2200 Kapar | Ketua Biro Perpaduan Kaum |
8. | Shuaib bin Pardi | No.61 Jln Hamzah Alang 58 42200 Kapar | Ketua Biro Pembangunan & Kebajikan |
9. | Hamdan Bin Bakri | No.71 bt 10 ½ Jln Kenangan 42200 Kapar | Ketua Biro Belia |
10. | Siti Hadadiah Bt.Bahron | No.21, Jln Kiyai Sujak 2, Tmn Sri Wangi, 42200 Kapar. | Ketua Biro Pendidikan |
11. | Bakhtiar Bin Mohd Nor | No.64, Jln Hj Yakob 23, Tmn Kapar Permai 2, 2200 Kapar | Ketua Biro ICT |
12. | Sajeni Bin Jamilus | 178U, Taman Dato’ Sanad 42200 Kapar | Ketua Biro Ekonomi |
Peta menuju ke Pekan Kapar, Klang, Selangor.
Burung hijrah di Kapar Energy Ventures (KEV)-Buletin Utama TV3 29-1-2011
Sesuatu yang menarik tentang penghijrahan burung-burung juga terdapat di Kapar...
Renungan....
Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpul-ngumpulkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari dosa/seksa neraka.
Sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal...!!
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpul-ngumpulkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari dosa/seksa neraka.
Sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal...!!
Mengenali Pekan Kapar
SEJARAH KAMPUNG
Kampung Kapar dibuka oleh Tok Acob dengan beberapa orang pengikutnya yang berasal dari Seberang / Sumatera. Mereka pada masa itu tinggal di tepi sungai yang belum diketahui namanya. Pada suatu hari, datanglah sekumpulan lanun-lanun singgah di tempat orang-orang Tok Acob tinggal, lanun-lanun itu menunjukkan perangai lanunnya dengan berlagak sombong dan bongkak serta merampas harta benda orang-orang Tok Acob. Maka timbul pergaduhan yang sengit di antara orang-orang Tok Acob dengan lanun-lanun dan mengakibatkan ramai yang mati berkaparan di tepi-tepi sungai. Maka dengan peristiwa ini sungai itu dinamakan Sungai Kapar dan sempena nama Sungai Kapar maka kampung ini dinamakan “Kampung Kapar” hingga sekarang. Mengikut sejarah Kampung Kapar diterokai oleh Tok Acob dengan tiada diketahui keluasannya dan mengikut sumber sejarah Tok Acob telah menerokai dari Kampung Sungai Serdang hingga ke Kampung Sementa termasuk Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Kapar. Pekan Kapar kini mempunyai wajah baru dengan bangunan-bangunan perniagaan baru sepanjang jalan utama pekan tersebut.
Pekan Kapar terletak di antara Klang dengan Kuala Selangor. Jika anda daripada Klang atau Shah Alam, anda perlu jalan menghala ke pekan Meru dan di persimpangan pekan Meru tersebut, anda akan lihat papan tanda ke kiri yang menuju ke Pekan Kapar. Jaraknya dengan Pekan Meru adalah kira-kira 10 km sahaja. Di Pekan Kapar terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Al-Ansar yang menjadi tumpuan orang singgah bersolat dalam perjalanan menuju ke Utara Selangor seperti ke Jeram dan Kuala Selangor. Antara destinasi menarik di Pekan Kapar ialah kedai-kedai tekstil yang menjual pelbagai jenis kain pada harga yang murah.
Daripada Pekan Kapar, anda boleh melalui Jalan Kapar yang akan membawa anda ke Klang. Jalan Kapar adalah destinasi yang menjadi tumpuan penggemar aksesori kereta untuk mandapatkan tayar dan sport rim yang berkualiti pada harga yang lebih murah.
Ke Utara Pekan Kapar ialah Daerah Jeram, Kuala Selangor. Di sana terdapat kawasan rekreasi yang dinamakan Pantai Remis yang menjadi tumpuan orang ramai beristirehat pada hujung minggu.

Senja di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor
Pantai Remis, ke Utara Pekan Kapar, tidak jauh daripada sempadan antara Kapar Klang dengan Kuala Selangor.

Juga terdapat sebuah Stesen Janakuasa Eletrik yang terletak ke utara sedikit daripada Pekan Kapar di mana dahulunya lebih dikenali sebagai Stesen Janaeletrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SJSSAAS) Kapar dan sekarang Kapar Energy Venture (KEV).
Stesen ini beroperasi menggunakan bahan arang batu yang diproses bagi menghasilkan Tenaga Eletrik.
Langgan:
Catatan (Atom)




































