SEJARAH KAMPUNG
Kampung Kapar dibuka oleh Tok Acob dengan beberapa orang pengikutnya yang berasal dari Seberang / Sumatera. Mereka pada masa itu tinggal di tepi sungai yang belum diketahui namanya. Pada suatu hari, datanglah sekumpulan lanun-lanun singgah di tempat orang-orang Tok Acob tinggal, lanun-lanun itu menunjukkan perangai lanunnya dengan berlagak sombong dan bongkak serta merampas harta benda orang-orang Tok Acob. Maka timbul pergaduhan yang sengit di antara orang-orang Tok Acob dengan lanun-lanun dan mengakibatkan ramai yang mati berkaparan di tepi-tepi sungai. Maka dengan peristiwa ini sungai itu dinamakan Sungai Kapar dan sempena nama Sungai Kapar maka kampung ini dinamakan “Kampung Kapar” hingga sekarang. Mengikut sejarah Kampung Kapar diterokai oleh Tok Acob dengan tiada diketahui keluasannya dan mengikut sumber sejarah Tok Acob telah menerokai dari Kampung Sungai Serdang hingga ke Kampung Sementa termasuk Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Kapar. Pekan Kapar kini mempunyai wajah baru dengan bangunan-bangunan perniagaan baru sepanjang jalan utama pekan tersebut.
Pekan Kapar terletak di antara Klang dengan Kuala Selangor. Jika anda daripada Klang atau Shah Alam, anda perlu jalan menghala ke pekan Meru dan di persimpangan pekan Meru tersebut, anda akan lihat papan tanda ke kiri yang menuju ke Pekan Kapar. Jaraknya dengan Pekan Meru adalah kira-kira 10 km sahaja. Di Pekan Kapar terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Al-Ansar yang menjadi tumpuan orang singgah bersolat dalam perjalanan menuju ke Utara Selangor seperti ke Jeram dan Kuala Selangor. Antara destinasi menarik di Pekan Kapar ialah kedai-kedai tekstil yang menjual pelbagai jenis kain pada harga yang murah.
Daripada Pekan Kapar, anda boleh melalui Jalan Kapar yang akan membawa anda ke Klang. Jalan Kapar adalah destinasi yang menjadi tumpuan penggemar aksesori kereta untuk mandapatkan tayar dan sport rim yang berkualiti pada harga yang lebih murah.
Ke Utara Pekan Kapar ialah Daerah Jeram, Kuala Selangor. Di sana terdapat kawasan rekreasi yang dinamakan Pantai Remis yang menjadi tumpuan orang ramai beristirehat pada hujung minggu.
Senja di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor
Pantai Remis, ke Utara Pekan Kapar, tidak jauh daripada sempadan antara Kapar Klang dengan Kuala Selangor.
Juga terdapat sebuah Stesen Janakuasa Eletrik yang terletak ke utara sedikit daripada Pekan Kapar di mana dahulunya lebih dikenali sebagai Stesen Janaeletrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SJSSAAS) Kapar dan sekarang Kapar Energy Venture (KEV).
Stesen ini beroperasi menggunakan bahan arang batu yang diproses bagi menghasilkan Tenaga Eletrik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.my-rummy.com/klang/Pekan_Kapar.html
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSya minat nk sewa dewan di masjid nw krn kami nk interview utk pelajar lwpasan SpM. Blh bg no sape yg uruskn sewaan?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam