Sabtu, 20 Ogos 2011

Gotong Royong Perdana


Gotong Royong Perdana.
24April2011, Jalan Kenangan,Kapar.
Gotong royong perdana yang di anjurkan bersama Ahlimajlis MPK Zon N43(A) Sementa, JKKK Kg.Kapar ,Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sementa dan Persatuan Belia Wawasan Jalan Kenangan,Kapar telah berjaya di adakan bertempat di Balai JKKK Kg.Kapar.
Hampir lebih 100 orang penduduk Kg.Kapar telah turut serta menjayakan program tersebut.
Program telah dirasmikan oleh saudara Azizi Bin Ayob selaku Ketua Cabang Kapar.
“Program bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dan gotong royong dikalangan masyarakat di mana aktiviti sebegini adalah suatu aktiviti tradisi warisan nenek moyang kita sejak dahulu lagi  yang sepatutnya menjadi amalan kita dalam kehidupan seharian , kerana dengan bergotong royong banyak manfaat yang kita boleh perolehi di samping dapat membantu menyelesaikan masalah yang berat boleh menjadi ringan, bak kata pepatah ringan sama di jinjing berat sama di pikul.”menurut Saudara Azizi Bin Ayob merangkap Ketua Cabang Kapar semasa merasmikan program tersebut.Beliau tidak lupa juga, turut mengingatkan masyarakat setempat tentang program MES  iaitu program merakyatkan ekonomi Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat seperti skim mesra usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Masuk Universiti dan banyak lagi.
Program turut mendapat kerjasama dari pihak MPK, Alam flora dan penduduk setempat.
MPK telah membekalkan hampir 100 pokok anak bunga untuk di tanam untuk mengindahkan lagi kawasan Kg.Kapar ini terutamanya di Jalan Kenangan ini.Manakala pihak Alam Flora membekalkan lori dan peralatan seperti penyapu, cangkul dan pengais sampah.
Beberapa pokok yang besar dan merbahaya juga telah berjaya di potong dan dicantas untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini menimpa penduduk di sini.
Menurut Ketua Kg.Kapar, Bahron Zaman Bin Majid ,”Program sebegini dapat mendekatkan lagi pemimpin-pemimpin setempat dengan masyarakat ,sebab  terlampau banyak faedah dan kebaikan yang kita boleh perolehi sekiranya amalan gotong royong ini terus kita amalkan, terutamanya seperti sekarang banyak dasar-dasar baru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat terus di sampaikan kepada masyarakat di bawah melalui program sebegini.”


"Kapar Bersih, Indah dan Sejahtera"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan