Selasa, 9 Ogos 2011

Kunjungan Ramah Mesra Ke IPD Klang Utara..



Sg.Kapar Indah(04-08-11)Khamis
Daerah Klang kini mempunyai dua IPD iaitu IPD Klang Selatan dan IPD Klang Utara, ianya hanya dipisahkan oleh Sg.Klang.
Satu lawatan ramah mesra ke Ibupejabat Polis Daerah(IPD) Klang Utara di Sg.Kapar Indah telah di adakan oleh Jawatankuasa Penduduk(JKP) N43A Sementa bersama ketua-ketua kampung.Lawatan tersebut telah di Ketuai oleh Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh selaku Ahlimajlis MPK.Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu keselamatan di kawasan pekan kapar, kg.Tok Muda dan kg.Sg.Serdang  di mukim Kapar ini.
Majlis berlangsung dengan di ketuai oleh  Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan