Siri Pertama....
ANAK??? HUTANG??? BIL??? GAJI KECIL???
Ya…..sebut tentang anak ….ramai yang senyum dan ramai juga yang mengeluh. Mengapa? Semua pasangan suami isteri mahukan anak yang ramai, tetapi…bila fikirkan gaji yang kecil…..semua lebih maklum. Bagi pasangan yang bekerja mereka perlu memikirkan tentang kos membayar pengasuh, belanja sekolah anak, tumpuan pada keluarga dan banyak lagi. Untuk kali ini saya akan mencerita kisah seorang sahabat saya yang membesarkan anak yang ramai sedangkan gaji bulanannya adalah kecil. Saya berharap dengan halaman ini kita dapat mengurangkan permasaalahan perbelanjaan dalam keluarga.Insyaallah, jika ia benar –benar dipraktikkan ianya dapat membantu kita. Bagi pasangan yang baru berkeluarga atau pasangan yang mempunyai anak di awal persekolahan amat di alu-alukan untuk mempraktikan kaedah yang saya kongsikan nanti. Kata sahabat saya ,dia mempraktikan kaedah ini sejak anak keduanya di awal Tahun 3 persekolahan.
Tanpa disedari kaedah ini mendidik anak-anaknya berjimat, pandai merancang perbelanjaan, jujur dan bertimbangrasa. Perlu diingatkan setiap kali gaji ,kita perlu mengasingkan duit untuk belanja persekolahan, bil, sewa dan pinjaman, kos pengangkutan, dan bakinya adalah belanja rumah.
Saya amat terkejut bila sahabat menyatakan pendapatan bulanan keluarganya hanya sekitar RM 2700. Timbul persoalan di fikiran saya.bagaimana beliau menyara keluarga sedangkan 2 orang anaknya menuntut di IPT, 3 di sekolah menengah dan 2 di sekolah rendah. Malah setiap tahun mereka akan pergi bercuti dan mampu menginap di hotel. Paling menarik,anak-anaknya turut membantu membiayai kos percutian samada pengangkutan, makanan dan penginapan, walaupun mereka masih di bangku sekolah lagi.
Cerita sahabat lagi, sahabat hanya membekalkan RM 1 sehari bagi setiap sesi persekolahan (bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah) manakala RM 2 sehari untuk anak di sekolah menengah dan RM 400 sebulan untuk anak di IPTA. Sebelum ke tempat kerja beliau menyediakan sarapan dan makan tengahari.Wang saku anak di IPTA akan di “bank-in kan” pada awal bulan manakala wang saku untuk anak yag masih bersekolah diberi seminggu sekali. Wang saku ini diletakkan ke dalam kotak khas yang ditandakan nama anak-anaknya. Anak-anak yang masih bersekolah diwajibkan menabung RM2.50 seminggu ke tabung khas iaitu tabung percutian. Setiap bulan sahabat sendiri akan menabung ke tabung percutian sebanyak RM50 manakala anak yang lain akan menabung mengikut kemampuan mereka (kebiasaannya mereka tidak mampu untuk menabung). Jumlah yang terkumpul dalam setahun hampir RM1200. Dengan wang terkumpul inilah sahabat sekeluarga pergi bercuti. Di sini sekali lagi timbul persoalan,adakah ia adil? Kerana katanya ada di antara anaknya yang menabung sedikit sahaja dan ada yang langsung tidak menabung ke tabung percutian. Tidakkah timbul perasaan tidak puas hati di kalangan anak-anaknya? Semuanya akan dijawab nanti.
Setiap hari anak-anaknya akan mengambil sendiri duit yang sediakan di kotak masing-masing. Anak-anak hanya dibenarkan mengambil tidak melebihi RM 2 sehari. Anak-anak diajar menabung sekurang-kurangnya 20 sen sehari. Untuk permulaan sahabat memeriksa kotak masing-masing setiap hari ,agar tiada yang sengaja mengambil duit dari kotak saudaranya yang lain ataupun mengambil lebih dari yang ditetapkan. Insyaallah jika kita bertegas dalam perkara di atas, anak-anak tidak berani berlaku tidak jujur. Jika pembaca mendongak semula,anak-anak sahabat hanya membelanjakan RM1.30 sehari. Kata sahabat lagi,sebenarnya anak-anak kita lebih pandai mengatur perbelanjaan. Seperti yang kita maklum, dewasa ini setiap sekolah akan meminta bayaran jamuan kelas,jamuan pengawas dan persatuan .Kekadang total bayaran jamuan melebihi RM50. Walau bagaimanpun semua ini akan di bayar sendiri oleh anak-anaknya tanpa bantuan ibu bapa.
Bagaimana anak-anak beliau dilatih menabung? Kita akan cuba rungkai persoalan demi persoalan di halaman yang akan datang.
*IKUTI HALAMAN YANG AKAN DATANG NANTI*
Siri Ke-2...
Siri Ke-2...
Selamat bertemu kembali di siri Sayangi Anak .Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di laman jkkkgkapar.blogspot.com.Diharap juga agar pembaca semua dapat memberi sedikit komen atau pendapat di ruang yang disediakan.
Di lampiran yang lalu pelbagai soalan bermain di minda kita.Bagaimana sahabat melatih anak-anaknya menabung?Bagaimanakah teknik menabung dapat melahirkan anak yang pandai merancang perbelanjaan, jujur, dan bertimbang rasa?
Mungkin ramai pembaca tidak bersetuju,jika sahabat mengatakan wang saku RM 2/hari untuk setiap anak sudah lebih dari cukup.Sahabat ada buktinya.Pernakah pembaca memeriksa beg anak-anak?Setuju tak, jika sahabat katakan,didalam beg ada pelbagai warna dan corak pemadam dan juga pensel?Kebiasaannya anak-anak di peringkat sekolah rendah gemar membeli pemadam untuk tujuan permainan.Bagi anak-anak di peringkat remaja pula wang saku persekolahan dihabiskan untuk rokok , topap,belanja kekasih dan siber café. Dari mana mereka dapat wang?Jawapannya, dari wang saku yang kita berikan.Sememangnya anak-anak hanya menggunakan 50% dari wang saku untuk membeli makanan,selebihnya digunakan untuk perkara-perkara tidak berfaedah.Menyedari akan hal ini sahabat memperkenalkan teknik menabung dikalangan anak-anaknya.Namun sahabat lebih gemar menggunakan istilah alaun bukannya wang saku.Pada pendapat sahabat istilah alaun lebih kompitetif dan berkesan berbanding wang saku.Anak-anak akan merasakan seolah-olah menerima gaji seperti ibu dan bapanya.Sebenarnya, anak-anak kita amat teruja bila diberi peluang belagak sebagai orang dewasa.
Setiap hari Ahad sahabat akan meletakkan RM 12 ke dalam setiap kotak yang telah ditandakan nama anak-anaknya.Setiap hari Isnin,4 dari anak-anaknya akan menyerahkan RM 2.50/orang ke tabung percutian.Kekadang,pada malam harinya pula sahabat akan menanyakan apa yang anaknya beli di sekolah,berapa sen duit simpanan untuk hari tersebut.Pada setiap hari Sabtu pula,sahabat akan memeriksa baki alaun di dalam kotak tadi.Sahabat akan memindahkan duit baki tersebut ke tabung simpanan masing-masing.Sekirnya tiada baki di dalam kotak,sahabat akan mendapatkan penjelasan dari empunya tabung.Jika ada anak yang merungut kehilangan duit alaunnya,sahabat pasti cuba untuk menyelesaikan masalah ini.Sahabat sering berpesan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.Insyaallah,suatu hari Allah akan memberi petanda kepadanya siapa yang mengambil duit tersebut.Kebiasaannya ibu dan ayah lebih arif tentang tindak tanduk anak-anaknya.Dalam masa yang sama….sahabat sering mengingatkan anak-anaknya agar berjimat cermat dan bersifat jujur.Sebagai firman Allah
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Mungkin pembaca di sini merasakan banyak tugas yang perlu dilakukan,tapi sebenarnya ini hanya pada permulaan sahaja,bak kata perpatah ‘berakit-rakit ke hulu,berenang-renang kemudian’.Jika ini menjadi rutin kita,ia akan nampak lebih mudah dan anak-anak akan melakukan sendiri tanpa perlu pemantuan yang kerap.Setiap awal bulan sahabat akan mengumumkan simpanan terbanyak dan yang paling sedikit.Tujuannya untuk menjana persaingan menabung.Contoh: Dalam tabung kakak ada RM 49,abang ada RM 36,manakala adik ada RM 40.Di sini peranan psikologi amat penting dalam mengujudkan daya saing anak-anak.Perlu diingat ,sebenarnya anak-anak paling benci bila diperlecehkan (condemn) .”Tengok adik boleh simpan banyak dari abang.A…palah abang ni,kalah dengan adik.Nanti bulan depan adik simpan banyak lagi boleh potong kakak”Secara tidak langsung ayat tadi memberi satu lonjakkan persaingan pada anak kita.Si kakak akan cuba mempertahankan tempat pertamanya.Si abang akan cuba menambah simpanan agar tidak diperlecehkan lagi.Si adik pula akan berusaha untuk memintas kakak.Kaedah ini hanya berkesan pada anak-anak di peringkat sekolah rendah.Bagi anak-anak di peringkat remaja,ibubapa perlu berterus terang dengan mereka.Ajaklah mereka berkongsi masalah dengan kita terutama tentang perbelanjaan.Ingatkan mereka bahawa mereka perlu membayar pelbagai kutipan untuk jamuan sekolah seperti jamuan kelas,jamuan persatuan dan jamuan pasukan berunifom.Kata sahabat,jika pembaca berjaya membimbing anak menabung di peringkat sekolah rendah lagi,Insyaallah…anak-anak tidak akan menghadapi kesukaran menabung di peringkat remaja nanti.
INGAT!!!! Jangan terlalu manjakan anak.Jangan mewahkan anak dengan duit.Semamangnya anak-anak tahu akan kelemahan kita.Jangan biarkan anak mempermainkan kelemahan kita. Sebaliknya gunakan kelebihan anak-anak untuk menutupi kelemahan kita.Kita yang mendidik anak,bukan anak yang ‘mengajar’ kita. Sifat berterus terang ibubapa akan mengujudkan perasaan timbang rasa dan jujur dikalangan anak-anak.Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka perlu berbuat begitu dan mengapa perlu begini. Penjelasan hendaklah jelas.Sebagai contoh;Sahabat mahukan anak-anaknya mengumpul sendiri duit untuk membayar duit jamuan dengan alasan ;
1 .Emak dengan ayah tiada kaitan dengan jamuan tersebut.
2. Membayar duit jamuan sekolah tanggungjawab anak,bukan tanggungjawab ibubapa
3. Sememangnya emak dan ayah tidak mampu membantunya.
Begitu juga jika anak-anak mahu mengikuti lawatan sekolah,galakkan mereka menyediakan tambangnya.Kebiasaannya sahabat meminta anak-anaknya menyimpan duit raya untuk tujuan lawatan sekolah.Sahabat hanya menyediakan wang saku untuk lawatan.Sekali lagi peranan psikologi berfungsi, pujilah anak bila mereka dapat menggunakan duit senderi dalam sesuatu perkara.Dan ucapkan terimakasih pada mereka bila mereka menghulurkan bantuan dan ada masanya, cadangan atau nasihat mereka perlu kita pertimbangkan.Setiap kali menyambut hari lahir isi rumah,anak-anak sahabat akan sama-sama menghulur sumbangan.Ada yang memberi sumbangan berbentuk wang dan ada berbentuk tenaga.Kebiasaannya sahabat akan mengadakan jamuan ‘BBQ’.Tugas BBQ diserahkan kepada anak-anaknya.Anak-anak akan merasa puas bila diberi kepercayaan.Akhir sekali sahabat berpesan layani anak anda sebagai anak,kekadang sebagai sahabat,kekadang sebagai guru.Jangan jadikan alasan gaji kecil sebagai penghalang meramaikan zuriat kerana setiap kelahiran diiringi dengan rezeki dari ALLAH s.w.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan