Ahad, 7 Ogos 2011

Isu Pencemaran Bau Busuk, ....Satu Lawatan Ke Ladang Ayam telah diadakan...


Disebabkan tidak tertahan dengan pencemaran bau busuk, 6 orang ketua kg iaitu Kg.Kapar, Kg.Bt.12, Kg Tok Muda, Kg.Sg Serdang, Kg.Bukit Kapar dan Kg.Bukit Kerayong 2 serta Penghulu Mukim Kapar telah membuat  lawatan ke Ladang Ayam telor syarikat Lay Hong Berhad di Batu 12.5 Jalan Besar Kapar.
Ladang ayam ini mempunyai lebih kurang 480,000 ekor ayam telor yang menghasilkan lebih kurang 1.2 juta biji telor ayam dalam sehari.
Ladang ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia.

1 ulasan:

  1. salam.mohon bantuan.bagaimana cara nak ke ladang ayam telor ini.boleh ke berurusan untuk membeli telur di ladang ini.

    BalasPadam